Monday 11 April 2011

KENALI PENGURUS ARSENAL FC YANG CEMERLANG - ARSENE CHARLES ERNEST WENGER


 Dilahirkan pada 22 Oktober 1949 di Strasbourg, France

 Pernah memulakan kariernya sebagai pemain bolasepak di posisi sweeper

 Memulakan karier bersama pasukan Mulhouse, ASPV Strasbourg dan RC Strasbourg

 Setelah tamat musim 1981 bersama RC Strasbourg, Wenger melibatkan diri ke dalam kancah kejurulatihan bersama AS Cannes sebagai Penolong Jurulatih pasukan

 Setelah 3 tahun berlalu, pengurus berbangsa Perancis ini mendapat peluang membimbing pasukan Nancy-Lorraine. Walau bagaimanapun pada tahun 1987, Wenger berpindah ke AS Monaco

 Wenger bertuah kerana mendapat tandatangan pemain berkaliber ketika itu seperti Jurgen Klinsmann, George Weah dan Glenn Hoddle

 Musim pertamanya cemerlang dengan merangkul kejuaraan Liga pada tahun 1988 dan French Cup pada tahun 1991

 Pada 1994, Wenger berpindah ke Liga Jepun dan berkhidmat untuk pasukan Nagoya Grampus Eight. Kemasukan Wenger ibarat lombong emas buat pasukan berpengkalan di Jepun itu kerana Wenger menjadikan dirinya orang yang bertanggungjawab meletakkan pasukan itu dari kedudukan tiga paling bawah ke tempat kedua dalam Liga Jepun

 Kejayaan ini membolehkan Wenger merangkul anugerah J. League Manager of The Year pada tahun 1995; pengurus asing pertama yang merangkul anugerah itu

 Pergolakan yang berlaku di dalam kem Arsenal memberi ruang kepada Arsene Wenger untuk dipilih menjadi calon menggantikan Bruce Rioch

 Musim pertama warga Perancis itu sedikit mengecewakan beliau kerana keciciran mata sehingga terlepas kedudukan nombor dua dalam liga kepada Newcastle United dan terkeluar dari kelayakan Liga Juara-Juara Eropah kerana perbezaan gol

 Pada tahun 1998. Wenger menjulang trofi berganda apabila membawa pulang Piala Liga Perdana dan Piala FA ke Stadium Highbury

 Arsenal telah gagal untuk menumpaskan Manchester United dari mengejar mata Arsenal pada hari terakhir Liga 1998/1999 dan menyebabkan Arsenal berputih mata untuk merangkul kejuaraan Liga Perdana buat kali kedua berturut-turut. Manchester United (merujuk kepada gol Ryan Giggs dalam waktu masa tambahan permainan) juga menjadi petualang yang menyebabkan Arsenal tumpas dalam perlawanan Separuh Akhir Piala FA

 Pada 2000 pula, Arsenal sekali lagi berputih mata untuk merangkul kejuaraan Eropah apabila tewas dalam perlawanan akhir kepada Galatasaray. Juga pada tahun 2001, hilang trofi Piala FA kepada Liverpool

 Melakukan pembelian ke atas pemain yang berpotensi seperti Fredrik Ljungberg, Theirry Henry dan Robert Pires serta pembelian kontroversi ke atas pemain Tottenham Hotspur Sol Campbell membolehkan Arsenal merangkul kejuaraan berganda Liga Perdana dan Piala FA pada tahun 2002. Dan sekali lagi merangkul Piala FA pada tahun 2003

 Kesungguhan Arsene Wenger untuk merangkul lebih banyak kejayaan ditunjukkan pasukannya apabila mencatatkan sejarah dalam rekod negara England apabila satu-satunya pasukan iaitu ARSENAL! menempuh satu perlawanan panjang tanpa kalah sebanyak 49 jumlah perlawanan dan diberi gelaran THE INVINCIBLES

 Pasukan Wenger sekali lagi merangkul Piala FA menentang Manchester United dengan berkesudahan Arsenal menang ke atas pasukan diberi jolokan The Red Devils itu dalam penentuan sepakan penalti selepas 120 minit perlawanan tanpa gol

 Pada tahun Februari 2008, bermula episod duka Arsenal apabila diikuti dengan siri kecederaan pemain Arsenal yang terlalu banyak termasuk kecederaan serius yang menimpa Eduardo Da Silva, pemain yang baharu ditandatangani oleh Wenger pada 2007 bagi menggantikan pemergian Theirry Henry ke Barcelona

 Februari 2010, genap 2 tahun malang yang menimpa Eduardo Da Silva, Arsenal sekali lagi dikejutkan oleh mimpi ngeri itu apabila Aaron Ramsey, pemain muda Arsenal yang mempunyai potensi yang cerah menerima kecederaan yang hampir sama dengan Eduardo

 Sehingga kini, Arsenal terlalu kehausan untuk menjulang trofi selepas kali terakhir menjulangnya pada tahun 2005

No comments:

Post a Comment