Wednesday 13 April 2011

KEJAYAAN ARSENAL FC


Sebagai ringkasan, umum serta khusus kepada penyokong / peminat bolasepak Arsenal FC telah maklum kejayaan kelab yang diberi jolokan THE GUNNERS ini telah merangkul beberapa siri kejuaraan tempatan serta Eropah. Malah pernah berjaya sehingga mencatat 49 PERLAWANAN TANPA KALAH yang menjadi rekod bagi negara England dan tidak pernah dicatatkan oleh mana-mana kelab Inggeris sekalipun kecuali Arsenal FC. Jadi, saya ingin coretkan sedikit info buat mana-mana peminat bolasepak di luar sana yang baru berjinak untuk mengenali Arsenal FC dengan lebih dekat serta kepada penyokong / peminat bolasepak Arsenal FC yang sedia ada untuk dijadikan kenang-kenangan. 


JUARA LIGA INGGERIS
 

  
 PIALA FA INGGERIS
  • 1930 Arsenal FC 2 - 0 Huddersfield Town
  • 1936 Arsenal FC 1 - 0 Shieffield United
  • 1950 Arsenal FC 2 - 0 Liverpool FC
  • 1971 Arsenal FC 2 - 1 Liverpool FC
  • 1979 Arsenal FC 3 - 2 Manchester United
  • 1993 Arsenal FC 2 - 1 Shieffield Wednesday
  • 1998 Arsenal FC 2 - 0 Newcastle United
  • 2002 Arsenal FC 2 - 0 Chelsea FC
  • 2003 Arsenal FC 1 - 0 Southampton
  • 2005 Arsenal 0 (5) - (4) 0 Manchester United (penalti)


PIALA LIGA INGGERIS
  • 1987 Arsenal FC 2 - 1 Liverpool FC
  • 1993 Arsenal FC 2 - 1 Shieffield Wednesday
 

PIALA PERISAI KOMUNITI INGGERIS
  • 1930 Arsenal FC 2 - 1 Shieffield Wednesday
  • 1931 Arsenal FC 2 - 1 West Brom Albion
  • 1933 Arsenal FC 3 - 0 Everton
  • 1934 Arsenal FC 4 - 0 Manchester City
  • 1938 Arsenal FC 2 - 1 Preston North End
  • 1948 Arsenal FC 4 - 3 Manchester United
  • 1953 Arsenal FC 3 - 1 Blackpool
  • 1991 Arsenal FC 0 - 0 Tottenham Hotspur (shared)
  • 1998 Arsenal FC 3 - 0 Manchester United
  • 1999 Arsenal FC 2 - 1 Manchester United
  • 2002 Arsenal FC 1 - 0 Liverpool
  • 2004 Arsenal FC 3 - 1 Manchester United
 
PIALA EROPAH (INTER-CITY FAIRS CUP)
  •  1970 Arsenal FC 4 - 3 Anderlecht

PIALA EROPAH
  • 1994 Arsenal FC 1 - 0 Parma
 
CATATAN :-
Sehingga kini, Arsenal cuma mendahagakan satu-satunya piala gergasi Eropah iaitu Piala Liga Juara-Juara Eropah. Buat kali pertama, Arsenal telah menjejakkan kaki ke pentas akhir Piala Liga Juara-Juara Eropah pada tahun 2006 menentang Barcelona tetapi tewas 1 - 2.
Sambung.. ->

Monday 11 April 2011

KENALI PENGURUS ARSENAL FC YANG CEMERLANG - ARSENE CHARLES ERNEST WENGER


 Dilahirkan pada 22 Oktober 1949 di Strasbourg, France

 Pernah memulakan kariernya sebagai pemain bolasepak di posisi sweeper

 Memulakan karier bersama pasukan Mulhouse, ASPV Strasbourg dan RC Strasbourg

 Setelah tamat musim 1981 bersama RC Strasbourg, Wenger melibatkan diri ke dalam kancah kejurulatihan bersama AS Cannes sebagai Penolong Jurulatih pasukan

 Setelah 3 tahun berlalu, pengurus berbangsa Perancis ini mendapat peluang membimbing pasukan Nancy-Lorraine. Walau bagaimanapun pada tahun 1987, Wenger berpindah ke AS Monaco

 Wenger bertuah kerana mendapat tandatangan pemain berkaliber ketika itu seperti Jurgen Klinsmann, George Weah dan Glenn Hoddle

 Musim pertamanya cemerlang dengan merangkul kejuaraan Liga pada tahun 1988 dan French Cup pada tahun 1991

 Pada 1994, Wenger berpindah ke Liga Jepun dan berkhidmat untuk pasukan Nagoya Grampus Eight. Kemasukan Wenger ibarat lombong emas buat pasukan berpengkalan di Jepun itu kerana Wenger menjadikan dirinya orang yang bertanggungjawab meletakkan pasukan itu dari kedudukan tiga paling bawah ke tempat kedua dalam Liga Jepun

 Kejayaan ini membolehkan Wenger merangkul anugerah J. League Manager of The Year pada tahun 1995; pengurus asing pertama yang merangkul anugerah itu

 Pergolakan yang berlaku di dalam kem Arsenal memberi ruang kepada Arsene Wenger untuk dipilih menjadi calon menggantikan Bruce Rioch

 Musim pertama warga Perancis itu sedikit mengecewakan beliau kerana keciciran mata sehingga terlepas kedudukan nombor dua dalam liga kepada Newcastle United dan terkeluar dari kelayakan Liga Juara-Juara Eropah kerana perbezaan gol

 Pada tahun 1998. Wenger menjulang trofi berganda apabila membawa pulang Piala Liga Perdana dan Piala FA ke Stadium Highbury

 Arsenal telah gagal untuk menumpaskan Manchester United dari mengejar mata Arsenal pada hari terakhir Liga 1998/1999 dan menyebabkan Arsenal berputih mata untuk merangkul kejuaraan Liga Perdana buat kali kedua berturut-turut. Manchester United (merujuk kepada gol Ryan Giggs dalam waktu masa tambahan permainan) juga menjadi petualang yang menyebabkan Arsenal tumpas dalam perlawanan Separuh Akhir Piala FA

 Pada 2000 pula, Arsenal sekali lagi berputih mata untuk merangkul kejuaraan Eropah apabila tewas dalam perlawanan akhir kepada Galatasaray. Juga pada tahun 2001, hilang trofi Piala FA kepada Liverpool

 Melakukan pembelian ke atas pemain yang berpotensi seperti Fredrik Ljungberg, Theirry Henry dan Robert Pires serta pembelian kontroversi ke atas pemain Tottenham Hotspur Sol Campbell membolehkan Arsenal merangkul kejuaraan berganda Liga Perdana dan Piala FA pada tahun 2002. Dan sekali lagi merangkul Piala FA pada tahun 2003

 Kesungguhan Arsene Wenger untuk merangkul lebih banyak kejayaan ditunjukkan pasukannya apabila mencatatkan sejarah dalam rekod negara England apabila satu-satunya pasukan iaitu ARSENAL! menempuh satu perlawanan panjang tanpa kalah sebanyak 49 jumlah perlawanan dan diberi gelaran THE INVINCIBLES

 Pasukan Wenger sekali lagi merangkul Piala FA menentang Manchester United dengan berkesudahan Arsenal menang ke atas pasukan diberi jolokan The Red Devils itu dalam penentuan sepakan penalti selepas 120 minit perlawanan tanpa gol

 Pada tahun Februari 2008, bermula episod duka Arsenal apabila diikuti dengan siri kecederaan pemain Arsenal yang terlalu banyak termasuk kecederaan serius yang menimpa Eduardo Da Silva, pemain yang baharu ditandatangani oleh Wenger pada 2007 bagi menggantikan pemergian Theirry Henry ke Barcelona

 Februari 2010, genap 2 tahun malang yang menimpa Eduardo Da Silva, Arsenal sekali lagi dikejutkan oleh mimpi ngeri itu apabila Aaron Ramsey, pemain muda Arsenal yang mempunyai potensi yang cerah menerima kecederaan yang hampir sama dengan Eduardo

 Sehingga kini, Arsenal terlalu kehausan untuk menjulang trofi selepas kali terakhir menjulangnya pada tahun 2005
Sambung.. ->

KENALI PENGURUS ARSENAL FC YANG CEMERLANG - GEORGE GRAHAM


 Dilahirkan pada 30 November 1944 di Glasgow, Scotland

 Memulakan karier sebagai pemain bolasepak di posisi penyerang tengah

 Pernah berkhidmat sebagai pemain bolasepak dengan beberapa pasukan antaranya Aston Villa, Chelsea, Arsenal, Manchester United, Portsmouth, Crystal Palace dan California Surf

 Beliau juga pernah berkhidmat sebagai pengurus pasukan untuk Millwall, Leeds United dan Tottenham Hotspur

 Dilantik menjadi pengurus pasukan pada tahun 1986

 Seawal musim pertama Graham bersama Arsenal, beliau merangkul juara Liga pada tahun 1987

 Di bawah pengurusan Graham juga Arsenal dapat mengecapi kejayaan juara berganda (Piala FA dan Piala Liga) buat kali kedua pada tahun 1993

 Merangkul Piala Eropah kedua Arsenal pada tahun 1994

 Graham juga menghadiahkan dua kejuaraan Liga kepada Arsenal pada tahun 1989 dan 1991

 Kariernya tak kekal lama apabila dipecat di atas kesalahan menerima 'saguhati' berjumlah £425,000 dari ejen berbangsa Norway bernama Rune Haugh
Sambung.. ->

KENALI PENGURUS ARSENAL FC YANG CEMERLANG - BERTRAM "BERTIE" MEE


 Dilahirkan pada 25 Disember 1918 dan meninggal dunia pada 22 Oktober 2001 pada usia 82 tahun

 Dilahirkan di Nottinghamshire, England dan menghembuskan nafas terakhirnya di Kota London

 Pernah berkhidmat dengan pasukan Derby County dan Mansfield Town tetapi tidak menyerlah

› Selepas gagal bermain bolasepak, Mee melibatkan diri dengan Royal Army Medical Corps  sebagai ahli fisioterapi selama 6 tahun  sehingga mendapat pangkat Sarjan.

› Pernah berkhidmat sebagai ahli fisioterapi kepada kelab-kelab lain sebelum berkhidmat dengan Arsenal pada tahun 1960

 Menggantikan Billy Wright sebagai pengurus pasukan Arsenal pada 1966

 Merangkul Piala Eropah yang pertama buat Arsenal setelah menewaskan Anderlecht (agregat 4-3) dan yang pertama dalam khidmat beliau pada tahun 1970

 Meneruskan kejayaan dengan merangkul dua gelaran iaitu Piala FA dan juara Liga, juga yang pertama buat Arsenal pada tahun 1971

 Meninggalkan pasukan Arsenal pada tahun 1976.
Sambung.. ->

Thursday 31 March 2011

KENALI PENGURUS ARSENAL FC YANG CEMERLANG - HERBERT CHAPMAN


 Dilahirkan pada 19 Januari 1878 dan meninggal dunia pada 6 Januari 1934, 13 hari sebelum hari ulang tahunnya yang ke 56

 Dilahirkan di Yorkshire, England dan meninggal dunia di Middlesex, England

 Bermain di posisi penyerang

 Pernah bermain untuk Ashton North End, Stalybridge Rovers, Rochdale, Grimsby Town, Swindon Town, Sheppey United, Worksop Town, Northampton Town, Sheffield United, Notts County dan Tottenham Hotspur

 Pernah menjadi pengurus kepada pasukan Northampton Town (manager - player), Leeds City, Huddersfield Town sebelum berhijrah ke Arsenal

 Pernah merangkul dua Piala FA (Huddersfield menewaskan Preston North End 1 - 0 dan Arsenal menewaskan Huddersfield 2 - 0) dan gelaran juara Liga sebanyak empat kali (Huddersfield 1924, 1925 dan Arsenal 1929 dan 1930)

 Selepas kematian beliau pada 6 Januari 1934, Arsenal sekali lagi merangkul dua juara Liga pada tahun 1934 dan 1935
Sambung.. ->

SEJARAH PENUBUHAN ARSENAL FC



Ditubuhkan pada awalnya dengan nama Dial Square pada tahun 1886 oleh pekerja-pekerja di Royal Arsenal yang terletak di Woolwich tetapi ditukar namanya kepada Royal Arsenal sejurus selepas itu. Tak lama kemudian, mereka menukar nama sekali lagi kepada Woolwich Arsenal selepas menjadi kelab profesional pada tahun 1891. Arsenal menyertai liga Football League pada tahun 1893, bermula dengan liga Divisyen Kedua dan berjaya naik ke liga Divisyen Pertama pada tahun 1904. Akan tetapi, kedudukan geografi Arsenal yang terpinggir menyebabkan kelab dibebani dengan masalah kewangan. Pada tahun 1913, Arsenal telah jatuh ke Divisyen Kedua dan menyebabkan mereka berpindah ke stadium baru di Highbury, Utara London. Sekali lagi mereka menukar nama kelab dan kali ini memadamkan Woolwich daripada nama kelab mereka pada tahun berikutnya. Pada tahun 1919, Arsenal terpilih untuk menyertai Divisyen Pertama dengan cara yang dilaporkan agak diragui yang menyebabkan musuh tradisi dan setempat Utara London itu, Tottenham Hotspurs terpaksa menuruni divisyen. 

ERA KEGEMILANGAN PERTAMA


Herbert Chapman
Pada tahun 1925, Arsenal melantik Herbert Chapman sebagai pengurus pasukan. Sebelum kedatangan Chapman, beliau telah memenangi liga dengan pasukan Huddersfield Town pada tahun 1924 dan 1925 dan beliau telah membawa Arsenal ke fasa pertama ke arah kegemilangan. Beliau juga telah merevolusikan taktik dan sistem latihan bersama-sama dengan pemain terkemuka seperti Alex James dan Cliff Bastin. Antara tahun 1930 dan 1938, Arsenal telah menjuarai Divisyen Pertama sebanyak lima kali dan Piala FA sebanyak dua kali, meskipun Chapman tidak sempat untuk melihat pencapaian ini kerana beliau telah menghembuskan nafas yang terakhir akibat radang paru-paru pada tahun 1934. 
Dari kiri : Cliff Bastin dan Alex James



Selepas penggantungan bolasepak profesional Inggeris semasa Perang Dunia ke-2, Arsenal telah menjuarai liga pada tahun 1948 dan 1953, dan Piala FA pada tahun 1950. Walau bagaimanapun nasib mereka mulai berubah yakni gagal untuk menarik pemain-pemain berkaliber seperti pemain pada zaman 30-an menyebabkan Arsenal menghabiskan zaman 1950-an dan 1960-an mereka dalam keadaan kekeringan trofi. Sehinggakan bekas kapten England ketika itu, Billy Wright pun tidak mampu untuk membawa kejayaan kepada Arsenal sebagai pengurus pasukan.

ERA KEGEMILANGAN KEDUA DAN KETIGA

Arsenal membuat kejutan dengan melantik ahli fisioterapi ketika itu menjadi pengurus pasukan baru iaitu Bertie Mee pada tahun 1966 dan membawa kejayaan dengan memenangi Piala Eropah yang pertama buat Arsenal pada tahun 1970. Pada tahun 1971 pula, Arsenal berjaya merangkul kejuaraan berganda pertama mereka iaitu juara Liga dan Piala FA. Walau bagaimanapun dekad yang berikutnya Arsenal hanya menamatkan Divisyen Pertama sebagai Naib Johan pada 1973, tewas tiga perlawanan akhir  Piala FA siri 1972, 1978 dan 1980 dan tewas dalam perlawanan akhir Cup Winners' Cup atas sepakan penalti pada tahun 1980 dengan kemenangan 3-2 di saat-saat akhir perlawanan ke atas Manchester United yang sehingga kini dianggap sebagai klasik!

George Graham
Kepulangan bekas pemain George Graham sebagai pengurus pasukan pada tahun 1986 telah membawa siri era kegemilangan ketiga buat Arsenal. Arsenal telah menjuarai Piala Liga pada tahun 1987 iaitu dalam musim pertama di bawah pengurusan George Graham. Kegemilangan Arsenal diteruskan oleh Graham apabila merangkul kejuaraan Liga pada tahun 1989 dan 1991. Dengan tewas hanya satu perlawanan, Arsenal merangkul piala berganda iaitu Piala FA dan Piala Liga pada tahun 1993 dan trofi Eropah kedua Arsenal pada tahun 1994. 

IMEJ YANG TERCALAR

Reputasi Graham tercalar apabila didedahkan bahawa beliau telah menerima rasuah dari ejen Rune Hauge kerana telah membeli pemain-pemain tertentu dan menyebabkan beliau dipecat pada tahun 1995. Krisis di dalam kem Arsenal tidak henti di situ sahaja apabila pengurus yang menggantikan Graham iaitu Bruce Rioch hanya dapat bertahan selama semusim sahaja selepas bertelagah mengenani isu dana perpindahan pemain.

ERA SEPANJANG ZAMAN


Arsene Wenger merangkul Piala Liga Perdana Inggeris siri 1997/1998
Pada akhir tahun 1990-an dan awal 2000-an adalah detik kejayaan Arsenal apabila pihak pengurusan Arsenal melantik Arsene Wenger pada tahun 1996. Kehadiran Wenger ke Arsenal memperkenalkan taktik-taktik yang serba baru, rejim latihan yang baru dan beberapa pemain luar negara yang melengkapi bakat pemain-pemain Inggeris yang sedia ada. Tak lama kemudian, Arsenal merangkul kejuaraan berganda Liga dan Piala untuk kali kedua pada tahun 1998 dan kali ketiga pada tahun 2002. Sebelum kehadiran kejuaraan berganda pada tahun 2002 itu, Arsenal dikecewakan oleh Galatasaray (tewas penalti) pada perlawanan akhir Piala UEFA pada tahun 2000. 


Kekalahan di tangan Galatasaray tidak sedikit pun menggoyahkan mentaliti pemain Arsenal apabila mereka telah merangkul Piala FA pada tahun 2003 dan 2005 dan menjuarai Liga Perdana Inggeris pada tahun 2004. Lebih manis! Arsenal dicatatkan dalam sebuah rekod negara England apabila satu-satunya kelab Inggeris yang menempuh 49 perlawanan tanpa rekod kalah yang menyebabkan mereka digelar The Invincibles! Rekod cemerlang Arsenal yang dipimpin oleh Arsene Wenger telah banyak menghabiskan saingan liga sama ada di tempat pertama atau kedua dalam lapan daripada sepuluh musim bersama Wenger. Ini meletakkan Arsenal sebagai salah satu pasukan Big Four bersama-sama pasukan Manchester United, Blackburn Rovers dan Chelsea. 


Meskipun begitu, Arsenal tidak pernah layak ke peringkat separuh akhir di kejohanan Champions League sehingga pada tahun 2006, Arsenal telah mara ke perlawanan akhir apabila menentang pasukan gergasi dari Sepanyol, Barcelona tetapi dikecewakan oleh pasukan yang berpengkalan di Nou Camp itu dengan jaringan 1-2 di mana Arsenal hanya bermain dengan sepuluh orang pemain selepas Penjaga Gol Jens Lehmann dibuang padang apabila mengasari pemain Barcelona, Samuel Eto'o. 

Sambung.. ->