Wednesday 13 April 2011
KEJAYAAN ARSENAL FC
Sebagai ringkasan, umum serta khusus kepada penyokong / peminat bolasepak Arsenal FC telah maklum kejayaan kelab yang diberi jolokan THE GUNNERS ini telah merangkul beberapa siri kejuaraan tempatan serta Eropah. Malah pernah berjaya sehingga mencatat 49 PERLAWANAN TANPA KALAH yang menjadi rekod bagi negara England dan tidak pernah dicatatkan oleh mana-mana kelab Inggeris sekalipun kecuali Arsenal FC. Jadi, saya ingin coretkan sedikit info buat mana-mana peminat bolasepak di luar sana yang baru berjinak untuk mengenali Arsenal FC dengan lebih dekat serta kepada penyokong / peminat bolasepak Arsenal FC yang sedia ada untuk dijadikan kenang-kenangan.
JUARA LIGA INGGERIS
PIALA FA INGGERIS
- 1930 Arsenal FC 2 - 0 Huddersfield Town
- 1936 Arsenal FC 1 - 0 Shieffield United
- 1950 Arsenal FC 2 - 0 Liverpool FC
- 1971 Arsenal FC 2 - 1 Liverpool FC
- 1979 Arsenal FC 3 - 2 Manchester United
- 1993 Arsenal FC 2 - 1 Shieffield Wednesday
- 1998 Arsenal FC 2 - 0 Newcastle United
- 2002 Arsenal FC 2 - 0 Chelsea FC
- 2003 Arsenal FC 1 - 0 Southampton
- 2005 Arsenal 0 (5) - (4) 0 Manchester United (penalti)
PIALA LIGA INGGERIS
- 1987 Arsenal FC 2 - 1 Liverpool FC
- 1993 Arsenal FC 2 - 1 Shieffield Wednesday
PIALA PERISAI KOMUNITI INGGERIS
- 1930 Arsenal FC 2 - 1 Shieffield Wednesday
- 1931 Arsenal FC 2 - 1 West Brom Albion
- 1933 Arsenal FC 3 - 0 Everton
- 1934 Arsenal FC 4 - 0 Manchester City
- 1938 Arsenal FC 2 - 1 Preston North End
- 1948 Arsenal FC 4 - 3 Manchester United
- 1953 Arsenal FC 3 - 1 Blackpool
- 1991 Arsenal FC 0 - 0 Tottenham Hotspur (shared)
- 1998 Arsenal FC 3 - 0 Manchester United
- 1999 Arsenal FC 2 - 1 Manchester United
- 2002 Arsenal FC 1 - 0 Liverpool
- 2004 Arsenal FC 3 - 1 Manchester United
PIALA EROPAH (INTER-CITY FAIRS CUP)
- 1970 Arsenal FC 4 - 3 Anderlecht
PIALA EROPAH
- 1994 Arsenal FC 1 - 0 Parma
CATATAN :-
Sehingga kini, Arsenal cuma mendahagakan satu-satunya piala gergasi Eropah iaitu Piala Liga Juara-Juara Eropah. Buat kali pertama, Arsenal telah menjejakkan kaki ke pentas akhir Piala Liga Juara-Juara Eropah pada tahun 2006 menentang Barcelona tetapi tewas 1 - 2.
Monday 11 April 2011
KENALI PENGURUS ARSENAL FC YANG CEMERLANG - ARSENE CHARLES ERNEST WENGER
››› Dilahirkan pada 22 Oktober 1949 di Strasbourg, France
››› Pernah memulakan kariernya sebagai pemain bolasepak di posisi sweeper
››› Memulakan karier bersama pasukan Mulhouse, ASPV Strasbourg dan RC Strasbourg
››› Setelah tamat musim 1981 bersama RC Strasbourg, Wenger melibatkan diri ke dalam kancah kejurulatihan bersama AS Cannes sebagai Penolong Jurulatih pasukan
››› Setelah 3 tahun berlalu, pengurus berbangsa Perancis ini mendapat peluang membimbing pasukan Nancy-Lorraine. Walau bagaimanapun pada tahun 1987, Wenger berpindah ke AS Monaco
››› Wenger bertuah kerana mendapat tandatangan pemain berkaliber ketika itu seperti Jurgen Klinsmann, George Weah dan Glenn Hoddle
››› Musim pertamanya cemerlang dengan merangkul kejuaraan Liga pada tahun 1988 dan French Cup pada tahun 1991
››› Pada 1994, Wenger berpindah ke Liga Jepun dan berkhidmat untuk pasukan Nagoya Grampus Eight. Kemasukan Wenger ibarat lombong emas buat pasukan berpengkalan di Jepun itu kerana Wenger menjadikan dirinya orang yang bertanggungjawab meletakkan pasukan itu dari kedudukan tiga paling bawah ke tempat kedua dalam Liga Jepun
››› Kejayaan ini membolehkan Wenger merangkul anugerah J. League Manager of The Year pada tahun 1995; pengurus asing pertama yang merangkul anugerah itu
››› Pergolakan yang berlaku di dalam kem Arsenal memberi ruang kepada Arsene Wenger untuk dipilih menjadi calon menggantikan Bruce Rioch
››› Musim pertama warga Perancis itu sedikit mengecewakan beliau kerana keciciran mata sehingga terlepas kedudukan nombor dua dalam liga kepada Newcastle United dan terkeluar dari kelayakan Liga Juara-Juara Eropah kerana perbezaan gol
››› Pada tahun 1998. Wenger menjulang trofi berganda apabila membawa pulang Piala Liga Perdana dan Piala FA ke Stadium Highbury
››› Arsenal telah gagal untuk menumpaskan Manchester United dari mengejar mata Arsenal pada hari terakhir Liga 1998/1999 dan menyebabkan Arsenal berputih mata untuk merangkul kejuaraan Liga Perdana buat kali kedua berturut-turut. Manchester United (merujuk kepada gol Ryan Giggs dalam waktu masa tambahan permainan) juga menjadi petualang yang menyebabkan Arsenal tumpas dalam perlawanan Separuh Akhir Piala FA
››› Pada 2000 pula, Arsenal sekali lagi berputih mata untuk merangkul kejuaraan Eropah apabila tewas dalam perlawanan akhir kepada Galatasaray. Juga pada tahun 2001, hilang trofi Piala FA kepada Liverpool
››› Melakukan pembelian ke atas pemain yang berpotensi seperti Fredrik Ljungberg, Theirry Henry dan Robert Pires serta pembelian kontroversi ke atas pemain Tottenham Hotspur Sol Campbell membolehkan Arsenal merangkul kejuaraan berganda Liga Perdana dan Piala FA pada tahun 2002. Dan sekali lagi merangkul Piala FA pada tahun 2003
››› Kesungguhan Arsene Wenger untuk merangkul lebih banyak kejayaan ditunjukkan pasukannya apabila mencatatkan sejarah dalam rekod negara England apabila satu-satunya pasukan iaitu ARSENAL! menempuh satu perlawanan panjang tanpa kalah sebanyak 49 jumlah perlawanan dan diberi gelaran THE INVINCIBLES
››› Pasukan Wenger sekali lagi merangkul Piala FA menentang Manchester United dengan berkesudahan Arsenal menang ke atas pasukan diberi jolokan The Red Devils itu dalam penentuan sepakan penalti selepas 120 minit perlawanan tanpa gol
››› Pada tahun Februari 2008, bermula episod duka Arsenal apabila diikuti dengan siri kecederaan pemain Arsenal yang terlalu banyak termasuk kecederaan serius yang menimpa Eduardo Da Silva, pemain yang baharu ditandatangani oleh Wenger pada 2007 bagi menggantikan pemergian Theirry Henry ke Barcelona
››› Februari 2010, genap 2 tahun malang yang menimpa Eduardo Da Silva, Arsenal sekali lagi dikejutkan oleh mimpi ngeri itu apabila Aaron Ramsey, pemain muda Arsenal yang mempunyai potensi yang cerah menerima kecederaan yang hampir sama dengan Eduardo
››› Sehingga kini, Arsenal terlalu kehausan untuk menjulang trofi selepas kali terakhir menjulangnya pada tahun 2005
KENALI PENGURUS ARSENAL FC YANG CEMERLANG - GEORGE GRAHAM
››› Dilahirkan pada 30 November 1944 di Glasgow, Scotland
››› Memulakan karier sebagai pemain bolasepak di posisi penyerang tengah
››› Pernah berkhidmat sebagai pemain bolasepak dengan beberapa pasukan antaranya Aston Villa, Chelsea, Arsenal, Manchester United, Portsmouth, Crystal Palace dan California Surf
››› Beliau juga pernah berkhidmat sebagai pengurus pasukan untuk Millwall, Leeds United dan Tottenham Hotspur
››› Dilantik menjadi pengurus pasukan pada tahun 1986
››› Seawal musim pertama Graham bersama Arsenal, beliau merangkul juara Liga pada tahun 1987
››› Di bawah pengurusan Graham juga Arsenal dapat mengecapi kejayaan juara berganda (Piala FA dan Piala Liga) buat kali kedua pada tahun 1993
››› Merangkul Piala Eropah kedua Arsenal pada tahun 1994
››› Graham juga menghadiahkan dua kejuaraan Liga kepada Arsenal pada tahun 1989 dan 1991
››› Kariernya tak kekal lama apabila dipecat di atas kesalahan menerima 'saguhati' berjumlah £425,000 dari ejen berbangsa Norway bernama Rune Haugh
KENALI PENGURUS ARSENAL FC YANG CEMERLANG - BERTRAM "BERTIE" MEE
››› Dilahirkan pada 25 Disember 1918 dan meninggal dunia pada 22 Oktober 2001 pada usia 82 tahun
››› Dilahirkan di Nottinghamshire, England dan menghembuskan nafas terakhirnya di Kota London
››› Pernah berkhidmat dengan pasukan Derby County dan Mansfield Town tetapi tidak menyerlah
››› Selepas gagal bermain bolasepak, Mee melibatkan diri dengan Royal Army Medical Corps sebagai ahli fisioterapi selama 6 tahun sehingga mendapat pangkat Sarjan.
››› Pernah berkhidmat sebagai ahli fisioterapi kepada kelab-kelab lain sebelum berkhidmat dengan Arsenal pada tahun 1960
››› Menggantikan Billy Wright sebagai pengurus pasukan Arsenal pada 1966
››› Merangkul Piala Eropah yang pertama buat Arsenal setelah menewaskan Anderlecht (agregat 4-3) dan yang pertama dalam khidmat beliau pada tahun 1970
››› Meneruskan kejayaan dengan merangkul dua gelaran iaitu Piala FA dan juara Liga, juga yang pertama buat Arsenal pada tahun 1971
››› Meninggalkan pasukan Arsenal pada tahun 1976.
Subscribe to:
Posts (Atom)