Thursday 31 March 2011

KENALI PENGURUS ARSENAL FC YANG CEMERLANG - HERBERT CHAPMAN


 Dilahirkan pada 19 Januari 1878 dan meninggal dunia pada 6 Januari 1934, 13 hari sebelum hari ulang tahunnya yang ke 56

 Dilahirkan di Yorkshire, England dan meninggal dunia di Middlesex, England

 Bermain di posisi penyerang

 Pernah bermain untuk Ashton North End, Stalybridge Rovers, Rochdale, Grimsby Town, Swindon Town, Sheppey United, Worksop Town, Northampton Town, Sheffield United, Notts County dan Tottenham Hotspur

 Pernah menjadi pengurus kepada pasukan Northampton Town (manager - player), Leeds City, Huddersfield Town sebelum berhijrah ke Arsenal

 Pernah merangkul dua Piala FA (Huddersfield menewaskan Preston North End 1 - 0 dan Arsenal menewaskan Huddersfield 2 - 0) dan gelaran juara Liga sebanyak empat kali (Huddersfield 1924, 1925 dan Arsenal 1929 dan 1930)

 Selepas kematian beliau pada 6 Januari 1934, Arsenal sekali lagi merangkul dua juara Liga pada tahun 1934 dan 1935
Sambung.. ->

SEJARAH PENUBUHAN ARSENAL FC



Ditubuhkan pada awalnya dengan nama Dial Square pada tahun 1886 oleh pekerja-pekerja di Royal Arsenal yang terletak di Woolwich tetapi ditukar namanya kepada Royal Arsenal sejurus selepas itu. Tak lama kemudian, mereka menukar nama sekali lagi kepada Woolwich Arsenal selepas menjadi kelab profesional pada tahun 1891. Arsenal menyertai liga Football League pada tahun 1893, bermula dengan liga Divisyen Kedua dan berjaya naik ke liga Divisyen Pertama pada tahun 1904. Akan tetapi, kedudukan geografi Arsenal yang terpinggir menyebabkan kelab dibebani dengan masalah kewangan. Pada tahun 1913, Arsenal telah jatuh ke Divisyen Kedua dan menyebabkan mereka berpindah ke stadium baru di Highbury, Utara London. Sekali lagi mereka menukar nama kelab dan kali ini memadamkan Woolwich daripada nama kelab mereka pada tahun berikutnya. Pada tahun 1919, Arsenal terpilih untuk menyertai Divisyen Pertama dengan cara yang dilaporkan agak diragui yang menyebabkan musuh tradisi dan setempat Utara London itu, Tottenham Hotspurs terpaksa menuruni divisyen. 

ERA KEGEMILANGAN PERTAMA


Herbert Chapman
Pada tahun 1925, Arsenal melantik Herbert Chapman sebagai pengurus pasukan. Sebelum kedatangan Chapman, beliau telah memenangi liga dengan pasukan Huddersfield Town pada tahun 1924 dan 1925 dan beliau telah membawa Arsenal ke fasa pertama ke arah kegemilangan. Beliau juga telah merevolusikan taktik dan sistem latihan bersama-sama dengan pemain terkemuka seperti Alex James dan Cliff Bastin. Antara tahun 1930 dan 1938, Arsenal telah menjuarai Divisyen Pertama sebanyak lima kali dan Piala FA sebanyak dua kali, meskipun Chapman tidak sempat untuk melihat pencapaian ini kerana beliau telah menghembuskan nafas yang terakhir akibat radang paru-paru pada tahun 1934. 
Dari kiri : Cliff Bastin dan Alex James



Selepas penggantungan bolasepak profesional Inggeris semasa Perang Dunia ke-2, Arsenal telah menjuarai liga pada tahun 1948 dan 1953, dan Piala FA pada tahun 1950. Walau bagaimanapun nasib mereka mulai berubah yakni gagal untuk menarik pemain-pemain berkaliber seperti pemain pada zaman 30-an menyebabkan Arsenal menghabiskan zaman 1950-an dan 1960-an mereka dalam keadaan kekeringan trofi. Sehinggakan bekas kapten England ketika itu, Billy Wright pun tidak mampu untuk membawa kejayaan kepada Arsenal sebagai pengurus pasukan.

ERA KEGEMILANGAN KEDUA DAN KETIGA

Arsenal membuat kejutan dengan melantik ahli fisioterapi ketika itu menjadi pengurus pasukan baru iaitu Bertie Mee pada tahun 1966 dan membawa kejayaan dengan memenangi Piala Eropah yang pertama buat Arsenal pada tahun 1970. Pada tahun 1971 pula, Arsenal berjaya merangkul kejuaraan berganda pertama mereka iaitu juara Liga dan Piala FA. Walau bagaimanapun dekad yang berikutnya Arsenal hanya menamatkan Divisyen Pertama sebagai Naib Johan pada 1973, tewas tiga perlawanan akhir  Piala FA siri 1972, 1978 dan 1980 dan tewas dalam perlawanan akhir Cup Winners' Cup atas sepakan penalti pada tahun 1980 dengan kemenangan 3-2 di saat-saat akhir perlawanan ke atas Manchester United yang sehingga kini dianggap sebagai klasik!

George Graham
Kepulangan bekas pemain George Graham sebagai pengurus pasukan pada tahun 1986 telah membawa siri era kegemilangan ketiga buat Arsenal. Arsenal telah menjuarai Piala Liga pada tahun 1987 iaitu dalam musim pertama di bawah pengurusan George Graham. Kegemilangan Arsenal diteruskan oleh Graham apabila merangkul kejuaraan Liga pada tahun 1989 dan 1991. Dengan tewas hanya satu perlawanan, Arsenal merangkul piala berganda iaitu Piala FA dan Piala Liga pada tahun 1993 dan trofi Eropah kedua Arsenal pada tahun 1994. 

IMEJ YANG TERCALAR

Reputasi Graham tercalar apabila didedahkan bahawa beliau telah menerima rasuah dari ejen Rune Hauge kerana telah membeli pemain-pemain tertentu dan menyebabkan beliau dipecat pada tahun 1995. Krisis di dalam kem Arsenal tidak henti di situ sahaja apabila pengurus yang menggantikan Graham iaitu Bruce Rioch hanya dapat bertahan selama semusim sahaja selepas bertelagah mengenani isu dana perpindahan pemain.

ERA SEPANJANG ZAMAN


Arsene Wenger merangkul Piala Liga Perdana Inggeris siri 1997/1998
Pada akhir tahun 1990-an dan awal 2000-an adalah detik kejayaan Arsenal apabila pihak pengurusan Arsenal melantik Arsene Wenger pada tahun 1996. Kehadiran Wenger ke Arsenal memperkenalkan taktik-taktik yang serba baru, rejim latihan yang baru dan beberapa pemain luar negara yang melengkapi bakat pemain-pemain Inggeris yang sedia ada. Tak lama kemudian, Arsenal merangkul kejuaraan berganda Liga dan Piala untuk kali kedua pada tahun 1998 dan kali ketiga pada tahun 2002. Sebelum kehadiran kejuaraan berganda pada tahun 2002 itu, Arsenal dikecewakan oleh Galatasaray (tewas penalti) pada perlawanan akhir Piala UEFA pada tahun 2000. 


Kekalahan di tangan Galatasaray tidak sedikit pun menggoyahkan mentaliti pemain Arsenal apabila mereka telah merangkul Piala FA pada tahun 2003 dan 2005 dan menjuarai Liga Perdana Inggeris pada tahun 2004. Lebih manis! Arsenal dicatatkan dalam sebuah rekod negara England apabila satu-satunya kelab Inggeris yang menempuh 49 perlawanan tanpa rekod kalah yang menyebabkan mereka digelar The Invincibles! Rekod cemerlang Arsenal yang dipimpin oleh Arsene Wenger telah banyak menghabiskan saingan liga sama ada di tempat pertama atau kedua dalam lapan daripada sepuluh musim bersama Wenger. Ini meletakkan Arsenal sebagai salah satu pasukan Big Four bersama-sama pasukan Manchester United, Blackburn Rovers dan Chelsea. 


Meskipun begitu, Arsenal tidak pernah layak ke peringkat separuh akhir di kejohanan Champions League sehingga pada tahun 2006, Arsenal telah mara ke perlawanan akhir apabila menentang pasukan gergasi dari Sepanyol, Barcelona tetapi dikecewakan oleh pasukan yang berpengkalan di Nou Camp itu dengan jaringan 1-2 di mana Arsenal hanya bermain dengan sepuluh orang pemain selepas Penjaga Gol Jens Lehmann dibuang padang apabila mengasari pemain Barcelona, Samuel Eto'o. 

Sambung.. ->